CIRI-CIRI AM 'ISLAMIC INFORMATIVE MEDIA' (IIM)
Sistem
ini memaparkan waktu semasa. Waktu solat setempat, waktu iqamah serta
tarikh semasa menurut kalendar masihi dan hijrah. Suatu ciri yang
menarik pada produk ini ialah nama masjid dan gambar masjid boleh juga
dipaparkan pada paparan waktu solat. Sebagai nilai tambah kepada
pengguna, maklumat seperti Hadith ringkas atau peringatan kepada Makmum
dipaparkan sebagai "Crawler"
Terdapat paparan yang akan menunjukkan Jam Dunia (World Clock) yang memaparkan waktu beberapa bandar utama lain serata dunia yang merujuk kepada waktu Makkah.
Apabila
masuk waktu Solat, skrin memaparkan isyarat Azan (bunyi "Bip"/Azan)
kemudian diikuti dengan 'countdown' waktu Iqomah dan seterusnya isyarat
Solat. Pada masa waktu solat berlangsung skrin hanya memaparkan imej
SOLAT pada skrin TV.
Sistem
ini juga boleh memaparkan Aktiviti atau maklumat yang berkaitan dengan
Masjid seperti Ceramah atau Kuliah, Kutipan tabung jumaat, jadual
bertugas, kursus atau seminar dan sebagainya. Selain aktiviti yang
berkaitan dengan masjid, informasi berkaitan dengan Masyarakat setempat
(Ahli Qariah) juga boleh dimuatkan seperti aktiviti gotong-royong,
berita kematian ahli Qariah dan sebagainya.
Sistem ini juga berupaya memaparkan kiraan hari untuk sesuatu peristiwa-peristiwa penting dalam Islam.
MAKLUMAT TEKNIKAL IIM
Sumber waktu solat adalah daripada Jabatan Mufti Negeri. Data Solat mestilah di kemaskini setiap tahun. Kegagalan mengemaskini waktu Solat akan menjadikan paparan waktu Solat menjadi kosong bila tiba tahun baru. Data boleh dikemaskini melalui internet.Tarikh masihi dan hijrah dipaparkan secara "alpha numeric". Sekiranya berlaku selisih pada waktu Hijrah, tarikh boleh diubah di dalam sistem.
Menggunakan perisian Microsoft Power Point atau perisian grafik lain untuk membuat paparan atau "slide". Paparan mestilah menggunakan resolusi 1280 x 720 sahaja.
Menggunakan TV yang mempunyai 'port HDMI' untuk pemindahan maklumat. Sekiranya menggunakan lebih dari satu TV, modul IIM dipasang secara berasingan bagi setiap TV atau 'Networking'.
Pengguna boleh mengubah maklumat yang telah disediakan di dalam sistem. Bahagian 'Admin' untuk mengubah 'setting' dan 'file manager' untuk mengubah kandungan maklumat.
SPESIFIKASI TEKNIKAL
1. Waktu Semasa2. Menggunakan RTC IC dengan bateri sokongan
3. Waktu Solat
4. Maklumat di simpan di dalam 'SD Card'
Sila Lihat Video Jam Solat TV dibawah yang telah dibangunkan di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang.