IIM

CIRI-CIRI AM 'ISLAMIC INFORMATIVE MEDIA' (IIM)


Sistem ini memaparkan waktu semasa. Waktu solat setempat, waktu iqamah serta tarikh semasa menurut kalendar masihi dan hijrah. Suatu ciri yang menarik pada produk ini ialah nama masjid dan gambar masjid boleh juga dipaparkan pada paparan waktu solat. Sebagai nilai tambah kepada pengguna, maklumat seperti Hadith ringkas atau peringatan kepada Makmum dipaparkan sebagai "Crawler"
Terdapat paparan yang akan menunjukkan Jam Dunia (World Clock) yang memaparkan waktu beberapa bandar utama lain serata dunia yang merujuk kepada waktu Makkah.
Apabila masuk waktu Solat, skrin memaparkan isyarat Azan (bunyi "Bip"/Azan) kemudian diikuti dengan 'countdown' waktu Iqomah dan seterusnya isyarat Solat. Pada masa waktu solat berlangsung skrin hanya memaparkan imej SOLAT pada skrin TV.
Sistem ini juga boleh memaparkan Aktiviti atau maklumat yang berkaitan dengan Masjid seperti Ceramah atau Kuliah, Kutipan tabung jumaat, jadual bertugas, kursus atau seminar dan sebagainya. Selain aktiviti yang berkaitan dengan masjid, informasi berkaitan dengan Masyarakat setempat (Ahli Qariah) juga boleh dimuatkan seperti aktiviti gotong-royong, berita kematian ahli Qariah dan sebagainya.
  
Sistem ini juga berupaya memaparkan kiraan hari untuk sesuatu peristiwa-peristiwa penting dalam Islam.

MAKLUMAT TEKNIKAL IIM

Sumber waktu solat adalah daripada Jabatan Mufti Negeri. Data Solat mestilah di kemaskini setiap tahun. Kegagalan mengemaskini waktu Solat akan menjadikan paparan waktu Solat menjadi kosong bila tiba tahun baru. Data boleh dikemaskini melalui internet.

Tarikh masihi dan hijrah dipaparkan secara "alpha numeric". Sekiranya berlaku selisih pada waktu Hijrah, tarikh boleh diubah di dalam sistem.

Menggunakan perisian Microsoft Power Point atau perisian grafik lain untuk membuat paparan atau "slide". Paparan mestilah menggunakan resolusi 1280 x 720 sahaja.

Menggunakan TV yang mempunyai 'port HDMI' untuk pemindahan maklumat. Sekiranya menggunakan lebih dari satu TV, modul IIM dipasang secara berasingan bagi setiap TV atau 'Networking'.

Pengguna boleh mengubah maklumat yang telah disediakan di dalam sistem. Bahagian 'Admin' untuk mengubah 'setting' dan 'file manager' untuk mengubah kandungan maklumat. 

SPESIFIKASI TEKNIKAL

1. Waktu Semasa
2. Menggunakan RTC IC dengan bateri sokongan
3. Waktu Solat
4. Maklumat di simpan di dalam 'SD Card'   
                                                                                                                                                             

                            



2 comments:

  1. dimana boleh saya dapatkan dan berapa dia punya harga??

    ReplyDelete
  2. Assalam saya nak tanya berapa harga dan Tv kene beli sendiri ke

    ReplyDelete